Sha Ibrahim

Sha Dan Shah

(ISBN: 9789670448152)

BFF...Best Friend Forever.

Bolehkah sahabat yang berlainan jantina digelar BFF? Mampukah mereka menjadi sahabat sejati tanpa ada sedikit perasaan ‘cinta’ antara satu sama lain? Itulah yang terjadi kepada Farisha a.k.a sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a. Shah. Persahabatam yang terjalin sejak kecil mula goyah apabile mereka tiba-tiba sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri.

Bagi Shah, dia menjadikan perkahwinan tersebut sebagai ‘penyelamat’ dirinya. Daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali dan menyebabkan kehidupan sosialnya terbatas, dia lebih rela berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sahabat yang boleh memahami perangai dan karenahnya. Sahabat yang tidak akan mengongkong dengan hobi ‘peliknya’ yang suka berkawan dengan kaum Hawa walaupun sekadar teman biasa. Hanya Sha sahaja kenal diri dia yang sebenarnya. Ya! Hanya Farisha, kawab baik yang amat dia sayangi!

Bagi Sha pula, kerana rayuan dan pujuk rayu Shah yang meminta tolong kepadanya, dia akhirnya bersetuju dengan ikatan perkahwinan tersebut. Kononnya kesian! Betul ke dia kesian? Tetapi sanggupkah dia mengorbankan masa depan sendiri semata-mata kerana perasaan ‘kesian’ yang wujud dalam dirinya itu? Entahlah, dia sendiri tidak pasti, namun apa yang pasti dia seakan-akan rela untuk menjadi isteri kepada sahabat baiknya sendiri. Shah adalah segala-galanya untuk dia. Lelaki yang sentiasa ada dengannya, sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu bersamanya.

Benarkah perkahwinan itu dibina atas dasar persahabatan?

Mampukah mereka meneruskan perkahwinan itu? Namun segala-galanya seakan-akan berubah. Ikatan ‘perkahwinan’ yang terjalin mula menampakkan ‘hasilnya’.

Banyak kisah lucu yang terjadi. Ada juga kisah sedih dan terselit juga kisah yang bakal menyakitkan hati. Semuanya gara-gara BFF dah bertukar menjadi suami isteri.



1 book(s) available.

Owner Location Rental rate Selling price Chat with User
Profile Image
Roslinda Abidin
Johor Bahru , Johor MYR 0.50 Not for sale

General info

   
Pages 761 pages
Dimensions 16 x 5 x 22 cm
Weight 0.8 kg
Publisher KAKI NOVEL SDN BHD
Language Malay
Binding Paperback
Wrapping Not Wrapped

Rental info

   
Per day MYR 0.50
Minimum rental days 30 Days
Maximum rental days 60 Days