Ramlah Rashid

Kemboja Di Hati

(ISBN: 9789834605766)

Kisah kehidupan tragis, sedih dan suspen empat orang adik beradik remaja perempuan Zalis, Zahlia, Zira dan Zaza yg kematian ibu. Mereka belajar hidup berdikari, tanpa berharap bapanya Prof.Dr Imtizam yg hanya mementingkan kerjaya tanpa menghiraukan keluarga. Ibu mereka seorg kaunselor yg gigih dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya. Namun dia meninggal dunia kerana menghidap penyakit SLE.

Kematian Solehah bukan sahaja memberi tamparan hebat pd anak-anak tetapi juga kepada Imtizam. Imtizam berasa sangat kehilangan & diburu rasa bersalah sehingga takut berdepan dengan 4 orang anak gadis remajanya. Cuba didekati & di dampingi mereka demi menghibur anak-anak yang dikongkong kesedihan namun dia berasa diejek anak2 itu. Sudahnya dia mengurungkan diri melayan perasaan berteman bayangan Solehah.

Zalis anak sulung cuba memujuk untuk mengembalikan semangat namun saban hari dia melihat Solehah tersarung pad segenap perwatakan gadis 19 tahun itu sehingga kadang2 membuat alpa. Renungannya ke atas Zalis sering mendatangkan curiga kepada anak2 yang lain dan bapa mentuanya. Seorang demi seorang anak2 Imtizam dirundung permasalahan peribadi yang menuntut dia selaku ketua keluarga menumpu sepenuh perhatian.

Keadaan menjadi semakin kucar-kacir apabila pak lang (bapa Solehah) datang tinggal bersamanya. Pak lang memiliki saka belaan turun temurun dari generasi lamanya. Seluruh ahli rumah Imtizam hampir saban hari diganggu bayangan lembaga yg menakutkan. Akhirnya imtizam meminta bantuan Faisal, sepupu Solehah iaitu graduan usuludin dr Mesir. Dgn bantuan Faisal keyakinan anak-anak dapat dipulihkan iman & amal. Dari sekeluarga tidak menunaikan perintah Allah, sedikit demi sedikit Faisal menarik mereka ke jln yg benar termasuk Imtizam dan berusaha juga dia membaik pulih aqidah pak lang. Bukan mudah Faisal melakukan segalanya namun demi sayangkan keluarga & cinta Allah, berusaha dia melerai fahaman kolot pak lang yang menganggap saka belaannya adalah khadam yang diutus Tuhan untuk membantunya membantu masyarakat yang memerlukan perubatan cara tradisional. Perbutan Faisal mendapat tentangan makhluk halus belaan pak lang yang hampir mencederakannya.



1 book(s) available.

Owner Location Rental rate Selling price Chat with User
Profile Image
Roslinda Abidin
Johor Bahru , Johor MYR 0.50 MYR 23.00

General info

   
Pages 503 pages
Dimensions 15 x 3 x 19 cm
Weight 0.8 kg
Publisher DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Language Malay
Binding Paperback
Wrapping Not Wrapped

Rental info

   
Per day MYR 0.50
Minimum rental days 30 Days
Maximum rental days 60 Days